++bEzaKah dAhuLu dEngAn sEkArAnG++

Hairan dan kadang-kadang melucukan. Pada usia yang semakin menginjak dewasa saya menjadi semakin sentimental bila menjelangnya bulan puasa. Nostalgia silam segera bermain di ruangan mata. Pada usia begini saya kembali menyelami usia kanak-kanak yang telah semakin jauh saya tinggalkan.
Teringat mase zaman kecik-kecik dulu, tiap kali nak puasa je mesti mak dengan abah dah sibuk nak siapkan persiapan raya kitorang adik beradik. Masa tu seronok sangat. Mak duk sibuk mengayat abah tok pergi kedai-kedai besar. Yang peliknya tu semua tempat mak tau dekat mana ada jualan murah, ada sale, macam-macam lagi lar. Kalau hari ini mak ajak abah pergi nan yuan, esok mak ajak abah pergi primamoda pulak. Hajatnya Cuma satu untuk beli baju atau kain langsir untuk persiapan raya nanti. Dan yang paling best abah ikut jer apa yang mak minta tanpa banyak soal. Bukan sebab abah takutkan emak, tapi sebab abah memang macam tu, tak suka banyak cakap as long as benda tu boleh buat mak happy. Suka aku tengok mak dengan abah. Tiap hari tak pernah lekang senyuman mak untuk abah tiap kali abah nak pergi kerja. Rutin harian mak tetap mak lakukan macam biasa walaupun waktu tu dak puasa. Mak tetap bangun awal tok siapkan juadah sahur kami semua malah lebih awal dari kebiasaannya tanpa sedikit pun berdecit keluar dari mulutnya. Pada mak melihat wajah orang tersayang tersenyum adalah satu kenikmatan bagi dirinya.
Peristiwa yang berlaku dulu tak banyak bezanya dengan zaman sekarang nie. Lama sebelum nampak anak bulan ramadhan, ramai wanita telah berpusu-pusu turun ke Nilai 3, negeri sembilan. Ramai juga wanita bekerja yang mengambil cuti sakit semat-mata untuk pergi ke tangkak, johor. Dua tempat ini sememangnya menjadi tumpuan dan kegilaan wanita menjelang bulan puasa. Bukan untuk mencari durian untuk membuat bubur kacang semasa waktu berbuka ataupun mencari duku sebagai pencuci mulut tetapi mereka pergi ke nilai 3 dan tangkak untuk mencari kain langsir!. Puasa belum tahu bila tapi mereka da berebut mencari kain langsir. Niat asal hanya untuk membeli kain langsir tapi bila dah sampai ke nilai 3 ataupun tangkak, tiba-tiba sahaja ilham datang untuk mencari benda lain. Masuk kedai bunga mereka terpesona dengan deretan bunga-bunga yang berwarna-warni walaupun hanya bunga plastik yang dah berlambak di rumah. Nampak cadar mereka sambar sehelai dua dengan alasan senang bila ada kenduri nanti. Akhirnya setelah setengah hari di sana penuhlah bonet kereta dengan bermacam-macam barang termasuk berus jamban dan perangkap tikus yang sememangnya tiada kaitan langsung dengan persiapan menyambut lebaran mahupun bulan Ramadhan!
Namun begitu tetap banyak yang membezakan dahulu dan sekarang. Dahulu ketika ingin menyambut puasa dan hari lebaran segala persiapan mak yang sediakan tanpa diberi peluang untuk kita memilih sendiri. Dan kita sebagai anak tetap setia mengikut apa yang mak dah tetapkan. Teringat aku dizaman dahulu, kasut raya yang berwarna putih disediakan oleh emak sebagai kasut raya dan apabila hari raya berakhir dan waktu persekolahan di buka kasut raya itu bertukar menjadi kasut sekolah! Nak tergelak bila terkenangkan zaman itu. Baju raya yang disediakan pun hanya sehelai dua dan asalkan semuanya berganti walaupun hanya dengan kain kelakmin yang keras dan tidak selesa di tubuh. Tetapi ucapan syukur tidak pernah tinggal dari bibir ini. Berbeza sungguh dengan sekarang di mana ibu-ibu akan membawa anak-anak mereka ke kedai pilihan mereka sendiri untuk memilih pakaian atau kasut yang mereka suka. Dan saat ini remaja sudah tahu memilih barang-barang yang branded dan tidak mahu memakai pakaian yang murah dengan alasan tidak ada stail la mak. Huh! Belum tahu membca sifir dengan betul sudah pandai bercakap mengenai pakaian yang branded. Umur baru setahun jagung dan belum pandai mencari duit sendiri sudah tahu mencorakkan perbelanjaan tahunan. Kalau setiap tahun tidak habis wang mak ayah dikerjakan untuk menyiapkan perkakas raya memang bukan remaja millenium la namenya..
Sesuatu yang saya amat terasa kehilangan bila susasana raya sudah tidak seperti dahulu. Kalau dahulu setiap malam pasti kita dapat lihat liuk lentok alunan api pelita di setiap halaman rumah. Tapi kini semuanya telah berganti dengan lapu neon yang dipasangkan sepanjang jalan. Kalau adapun yang memasang pelita hanya sekadar sebagai kemudahan untuk anak-anak mereka bermain bunga api selepas berbuka. Lain sungguh dengan waktu saya ketika di sekolah tadika lagi. Ayah pasti memasang pelita buluh sebagai tanda kemeriahan menyambut raya. Pekikan kanak-kanak bermain kejar-kejar dan bunga api di halaman rumah ketika itu masih terdengar sayup di cuping telinga. Orang ramai berpusu-pusu keluar untuk menunaikan solat tarawih dengan berjalan kaki untuk mendapatkan keberkatan yang lebih. Tapi tidak seperti sekarang yang amat berbeza sekali persekitarannya. Bunyi jeritan kanak-kanak berganti dengan pekikan ekzos motosikal anak muda yang ingin menunjukkan kehebatan di jalan raya. Begitulah setiap kali menjelangnya puasa.
Terlalu banyak perbezaan dan kenangan di masa lau dan kini. Kadang kala air mata ini menitis mengenangkan semua itu. Kemanakah perginya tradisi jika tidak terus dipraktikkan pada zaman kini. Millineum kita hanya pada nama tapi bukan pada fikiran akal yang sempurna............

No comments:

Post a Comment