++SEIKHLAS DIARI MEMORI KASIH++

Pagi ni cuaca begitu gelap. Semendung dan seshadu perasaanku yang bercampur baur. Tiba-tiba aku rasakan seperti ada satu perasaan yang asing yang sedang menyelinap masuk ke dalam sanubariku ini. Aku menjadi semakin pilu. Ketiadaan ayah dan ibu di sisi menambah lagi kepiluan dan kesedihan yang sememangyer telah sedia rasmi bersarang di hati ini.
            Kadangkala hati ini merintih perlahan. Mengikuti alunan rancak lagu i will survive yang sedang berkumandang di laptop kesayanganku menjadikan semangatku terus melayang entah ke mane. Kebiasaannya lagu inilah yang menjadi pemangkin semangatku tatkala aku sedang dalam kesedihan dan kedinginan.
” ibu....” ah hati ini merintih lagi. Begitu rindu diri ini pada ibu yang jauh di perkampungan. Belum lagi di tolak campur dengan kerinduan pada sang ayah yang semakin memberat di jiwa ini. Rakan- rakanku yang lain masih enak di buai mimpi. Sememangnya waktu-waktu seperti ini begitu sesuai untuk menganyam mimpi-mimpi yang indah. Namun cuma mata ini yang tetap berdegil untuk mengimbas kembali memori-memori yang telah tersusun kemas dalam kotak fikiran sejak azali.
” achik, nanti pergi belajar elok-elok ye, jangan hampakan harapan abah dan ibu tau. Abah dan ibu sayang achik sangat,” itulah kalimat berharga yang diucapkan oleh sang ayah kepada puterinya tatkala dirinya sedang sibuk berperang untuk melepaskan anak tersayang menghilang dari mata. Padanya anak-anak adalah anugerah Tuhan yang tiada tandingan.
Ah, entah untuk kali keberapa air mata sayu ini menitis lagi. Tidak aku pedulikan kerana bagiku biarlah perasaan rindu ini pergi bersama air mata yang tidak jemu membasahi pipi.

            ”achik, ibu panggil,” laung adikku yang berbadan montel tetapi gebu kulitnya.
” ibu nak ape dik, acik tengah siapkan homework nie,” jawabku seperti acuh tidak acuh.
Homework yang berlambak menuntut janjiku untuk disiapkan segera. Kalau tidak matilah aku di sekolah esok. Kerutan muka cikgu Rashid telah mula bermain di fikiranku. Kecut perut aku di buatnya dengan hanya memandang leggokkan misainya yang kadangkala tidak terurus itu.
            ” entah, ibu tak cakap. Ibu suruh acik pergi dapur,” jawabnya sambil berlari untuk mendapatkan kawan-kawanya yang sememangnya setia menunggu.
”ish budak ni, tak boleh harap langsung,” monologku dalam hati. Lantas kaki ini kuhayun menuju ke dapur. Di situlah tempat ibu pada waktu petang. Pabila aku suarakan pertanyaan mengapa ibu suka menjeruk diri di dapur kami ibu dengan tenang menjawab kerana gemar melihat ayam peliharaan ayah dan daun-daun sayur yang semakin merimbun dengan warna hijaunya yang bisa menyegarkan mata yang memandang.
” ibu nape bu,” soalku dengan penuh sopan tatkala tangan ini mencapai bahunya yang sedang asyik melihat ayam yang sedang menguis jagung. Sememangnya sedari kecil aku telah diajar untuk menghormati kedua orang tuaku. Tidak ku benarkan barang sekali pun lidah ini mengucapkan kata yang bisa mengguris perasaan ibu dan ayah tercinta.
            ” achik ni tadi ada surat sampai, achik dapat pergi sekolah berasrama penuh,” jawab ibuku lembut disulami dengan naluri keibuan yang begitu menebal dalam dirinya.  Tatkala itu juga kulihat linangan air mata yang telah bersiap sedia untuk melintasi garis-garis tua di wajah ibu yang semakin kelihatan menjelaskan tentang dirinya yang semakin dimamah usia.
” ibu ni main-main pula, cakap la betul-betul,” soalku kembali kerana tidak begitu yakin dengan tiap baris kata yang dituturkan oleh ibuku sebentar tadi.
” yelah, anak ibu nie dapat pergi sekolah berasrama penuh.” lantas buat kesekian kalinya aku terus hilang dalam dakapan ibu tersayang.
Ketika itu juga hanya ucapan syukur yang bisa keluar dari mulut ini untuk dihadiahkan kepada khaliqnya. Segala usaha yang aku lakukan kini terbalas sudah. Hari ini airmata gembira bisa kembali kutatap dalam menghapuskan memori sedih yang telah sekian lama bermukim di hati ibu sementelah mendengar kegagalanku dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tiga tahun lalu. Walaupun peristiwa itu telah semakin jauh meninggalkan kami namun aku tahu kesannya masih ada menyelubungi perasaan ibu dan ayah.
Pada malamnya berita itu aku khabarkan kepada ayah yang tercinta. Sekali lagi pipi ini menjadi sasaran ciuman berharga seorang berjasa. Ayah begitu gembira dengan perkhabaranku lantas terus menuju ke bilik air untuk melakukan sujud syukur katanya. Alhamdulillah akhirnya harapan ibu dan ayah untuk melihatku ke sekolah berasrama dapat aku tunaikan jua. Walaupun agak terlambat dari kawan-kawanku yang lain namun aku dapat buktikan bahawa akulah yang terbaik dikalangan mereka yang terbaik. Tekadku hanya satu sekali kaki ini melangkah tidak mungkin lagi akan ku toleh kebelakang.

”zee, buat ape tu,” sapaan kak linda mematikan lamunanku...
” erm, tak de buat ape-ape pun kak,” jawabku acuh tidak acuh. Sememangya pada waktu begini aku lebih rela sendiri. Saki baki air mata di pipi aku kesat dengan sejujurnya. Takut pula dipandang oleh kak linda nanti. Alamatnya penatlah untuk aku menjawab segala pertanyaan yang bakal di ajukan.
Kini, segalanya telah bermula. Dan perjuangan harus diteruskan. Itu janjiku pada ayah dan ibu yang telah dua bulan aku tinggalkan setelah menerima tawaran ke Universiti yang sememangya menjadi harapan aku ketika kecil lagi. Harapan ibu dan abah tidak akan ku pandang sepi. Kepayahan abah mencari rezeki akan ku balas dengan keselesaan hidup yang bisa mengukir senyuman bahagia. Kesusahan ibu menyediakan sarapan untukku pada setiap pagi takkan ku balas dengan linangan air mata kecewa sebaliknya akan aku pastikan senyuman manis terukir indah.
            Semakin hari hidupku semakin mencabar. Menjadi seorang warga kampus yang sememangya baru bagi diriku menjadikan aku sering diburu perasaan sedih dan takut yang seakan tidak pernah jemu menghimpit jiwa. Kadangkala ku menjadi seperti kebingungan. Entahlah...segalanya yang kulalui di sini begitu asing bagi diriku. Walaupun aku merupakan seorang pelajar lepasan Matrikulasi namun tetap kurasakan kehidupan di universiti begitu jauh bezanya. Jika di matrik dulu kami tidak bebas untuk melakukan segalanya mengikut kehendak kami. Waktu outing dan pulang bermalam pun ditetapkan oleh pensyarah. Tapi tida di sini. Segalanya perlu dilakukan sendiri. Bermula daripada tugasan yang diberikan sehinggalah kepada urusan kehidupan seharian semuanya hatus aku selesaikan dengan sendiri. Disiplin diri perlu utuh untuk menjadi pelajar yang berjaya. Itulah pesanan yang aku dapat dari beberapa orang seniorku ketika Minggu Haluan Siswa diadakan. Nasib baiklah aku merupakan seorang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai aktif juga ketika di sekolah dulu, jadi pengalaman itu sedikit sebanyak membantuku untuk meneruskan hidup dengan lebih sempurna di sini. Kenangan si sekolah lama sekali lagi menggamait hati ini.
Jika dulu kemana sahaja langkah kaki ini kuhayun aku akan ditemani seorang sahabat yang seakan adik beradikku sendiri. Rozaliza nama yang seakan sudah terpahat di hati ini dan mungkin tidak bisa untuk dipadamkan walaupun dicurah asid karbolik yang bisa menghakis setiap permukaan yang dicumbuinya. Kenangan manisku bersamanya terimbas kembali. Aku menjadi semakin pilu. Dan buat entah kali ke berapa air mata ini seakan tidak pernah segan untuk menuruni pipi kembali membasahi pipi ini.
            ” wak, nanti bila kita semua dah besar dah ada hidup masing-masing awak jangan lupa yer yang kita tetap kawan selamanya,” ucapnya disuatu petang.
Dan kalimat itulah yang menjadikan kami semakin rapat dan akrab. Tidak kira apa jua yang berlaku kami lebih rela bersama. Jarak beribu batu tidak pernah membataskan kami untuk bermesra. Sepanjang ketiadaannya disisi sistem pesanan ringkas lah yang menjadi ikatan kami. Lagaknya seperti pasangan kekasih yang sering bermanja. Seperti atom hydrogen dan oxygen yang mana mungkin dipisahkan untuk menghasilkan satu molekule air begitu jugalah persahabatan aku dan roza. Pabila datang rajukku dialah wanita pertama yang akan datang memujuk. Aku senang dengan sikapnya dan janjiku padanya hanya dialah sahabatku yang bisa menemaniku dalam kamus hidupku selagi nafas ini dipinjamkan untukku.
Dan petang itu roza sekali lagi menjadi tempat aku mencurahkan rasa. Padanya kuceritakan segalanya yang menimpa hariku. Setelah penat bercerita tentang kerinduan aku pada sang ayah dan ibu aku beralih pula kepada perjalanan hidupku dikampus sebagai seorang mahasiswi. Ku tahu roza juga mempunyai masalah yang sama sepertiku namun bezanya dia lebih bijak menyembunyikannya dan lebih senang begitu. Aku tidak kisah. Apa yang penting dia tahu aku sentiasa ada untuknya merungkaikan masalah yang menghimpit jiwa.
            ” zee, cepatlah..” laungan manja rakan baruku yang memang tidak pernah jemu untuk mengomel mematikan lamunanku sebentar tadi dan lantas aku berlari anak untuk mendapatkannya . Teha satu lagi nama yang bisa menghias senyum dibibir ini selepas roza. Dia aku kenali di kelas baruku ketika subjek Nature Conservation. Ketika itu ia sedang ditertawakan oleh rakan-rakanku yang lain kerana kecuaiannya yang datang lambat kekelas dan didenda oleh pensyarah. Namun kerana alasanku yang menyelamatkannya meyababkan ia terhutang budi kepadaku dan kami menjadi kawan rapat. Teha, rakan yang sungguh baik dan berperwatakan tomboy. Gayanya yang alah-alah mat kacau sememanganya acapkali menggeletek hati ini.
            Setelah enam bulan bersahabat aku suarakan rasa hati ini kepadanya.
            ” Teha, nanti bila kau da ada pakwe kau tak ble macam nie lagi tau.. lari pakwe kau nanti,” ujarku pada suatu hari lagaknya seperti seorang penceramah motivasi bebas yang diberi tauliah..
” alah zee, lepak la aku nie mane de perasaan kat lelaki. Lelaki tengok aku pun agaknye flat je. Lain la kau semua orang suke..” jawabnye acuh tidak acuh tetapi tetap kedengaran esak dipenghujungnya..
” kau tak ble la samekan aku dengan kau teha, aku lain. Aku da memang glamour.” jawabku lagi sambil mengguis kentang goreng yang kubeli di kafeteria Kolej Tun Syed Nasir.
” huh perasan tol nenek nie. Setakat si Edzwan tu aku ble cari yang lebih hensem tau. Jangan mare..” giatnya sambil berlari memnggil bus yang sememangnya baru sahaja mematikan engine untuk mengambil penumpang pulang ke Kolej Kediaman Tun Fatimah.
” ish Teha nie. Aku nak kenekan die aku plak yang terkena balik. Ah lantakla teha asal kau hepi,” monologku sendiri..
Pejam celik, pejam celik kini sudah habis satu semester di universiti ini dan  tibalah hari yang bisa menentukan masa depan kami semua.. peperiksaan akhir yang telah lame menanti manjadikan aku dan Teha seperti orang gila yang kehilangan anaknya. Tatkala orang lain sibuk menganyam mimpi kami sibuk mengulangkaji. Itu lah sikap kami yang semengnya aku sendiri tidak berupaya untuk mengubahnya walaupun telah berbilion tenaga aku curahkan ditambah lagi dengan hasil cantuman neutron-neutron yang diperlukan untuk mengahasilah jumlah watt tenaga yang banyak namun aku tetap menemui jalan buntu. Pada zahirnya orang lain akan memandang kami sebagai budak belajar yang begitu sinonoim dengan buku calculus yang sedepa tebalnya. Agaknya kalaulah nak dikira mungkin berjuta pokok yang ditebang untuk menghasilkan tiap helaian buku itu. Namun hakikatnya kamilah pendajal yang begitu pandai menyembunyikan rahsia. Kehidupan skema bukanlah datang dari kamus hidup kami. Pada aku dan Teha belajar bila punya mood dan masa dan main bila saja curik masa. Tetapi bila di dalam kelas itulah medan perjuangan kami yang sebenarnya.
            Disebabkan perangai yang tidak baik itulah menjadikan kami acapkali mendapat migrain di saat-saat akhir semester ini. Perpustakaan seakan menjadi rumah kedua kami. Nescafe pula tetap menjadi pilihan utama hati. Walaupun telah banyak kali diwarning doktor supaya menjauhi minuman berkafein namun tidak kuhiraukan. Bagiku masalah migrain bukanlah sesuatu masalah yang besar dan kerana alasan itulah aku masih setia dengan nescafe walaupun terpaksa menelannya sehingga lema paket dalam satu malam.
Setelah sebulan berulit dengan buku yang berdepa-depa tebalnya kini kami bebas untuk selamanya. Bebas dari buku-buku yang begitu mencemburui masa aku dengan Teha. Bebas juga dari buku-buku yang acapkali membatalkan niat jahat kami berdua.

Semester demi semester telah berlalu. Dan kini telah bertahun lamanya kehidupan kampus aku tinggalkan. Setelah tamat zaman universiti dengan ijazah kelas pertama seperti yang aku idam-idamkan aku telah diterima bejerja di sebuah syarikat gergasi di ibu kota. Aku menjawat jawatan sebagai engineer disyarikat itu. Begitu juga sahabat karibku, Teha yang kini berkerja di utara tanah air dan roza pula menjawab jawatan sebagai pensyarah utama fizik di Universiti Malaya. Walaupun jarak beribu batu yang memisahklan kami semua namun setiap hujung minggu pasti kami akan meluangkan masa bersama. Tidak kira bersama Roza mahupun Teha walau sesibuk manapun aku akan kuluangkan masa untuk berjumpa mereka. Padaku kedua kawanku ini memainkan peranan yang begitu penting dalam hidupku selepas ibu dan ayah.   
Dulu, sebelum menamatkan zaman persekolahan aku pernah berjanji untuk tinggal serumah bersama rakan yang telah ku anggap seperti adik beradik ku sendiri. Namun sayangnya hajatku itu tidak kesampaian sementelah dia telahpun mendapat jodoh lebih awal dariku. Walaupun ketika disekolah dulu dialah wanita paling pemalu apabila digosipkan dengan mane-mane lelaki. Masihku ingat rona merah yang naik kemukannya menandakan ia tidak begitu selesa dengan gurauan kami. Kini, segalanya telah berlalu. Manusia datang dan pergi. Jodoh pertemuan ajal maut semuannya di tangan Tuhan. Dan kita sebagai hambanya yang lemah hanya mampu berusaha dan berdoa agar setiap apa yang kita impikan menjadi kenyataan.
 Begitu juga dengan rakan- rakanku yang lain. Kak linda telah pun bahagia dengan suaminya dan hasilnya mereka dikurniakn pasangan kembar yang begitu comel dengan keletahnya. Begitu juga kak asma dan kak azie yang telapun menamatkan zaman bujang mereka beberapa bulan yang lalu masing-masing dengan pilihan hati mereka sendiri.
Kini tinggallah aku menanti lamaran seorang jejaka yang telahpun bergelar tunanganku. Iskandar adalah name yang telahpun bertanggungjawab untuk merungkaikan segala kerinduan di hati ini...setiap saat yang aku lalui kini aku rasakan semakin bermakna. Selepas seminngu tarikh pernikahan Teha dan suaminya aku pula diangkat menjadi Raja Sehari.

Tatkala itu, aku rasakan pelukan hangat dan kasih dari seorang lelaki bernama suami melingkari pinggangku. Airmata rindu yang telah sekian lama menitis membasahi tiap helaian diari milikku disisip oleh sentuhan halus suami tercinta. Diari yang meninggalkan sejuta kenangan buatku aku letakkan ditempat yang sepatutnya. Dan buat seketika aku hilang dalam dakapan insan bernama suami bersama sejuta kenangan yang kubawa bersama........
                                   
                                                                                                           

No comments:

Post a Comment