++cIntA TauTaN kAsIh++

Kringg..kringg… bunyi loceng kuat kedengaran. Semua pelajar yang berada di padang kawad pada petang itu bergegas untuk mendengar taklimat daripada pihak penganjur.
“ okey semua, seperti yang kita ketahui, dua hari lagi akan diadakan suatu majlis penutupan pada hari kokurikulum university kita yang telah berjalan hampir sebulan. Oleh itu saya amat berharap setiap peserta yang mewakili pasukan badan beruniform masing-masing dapat menunjukkan bakat dan semangat pada persembahan akhir majlis penutupan itu nanti,” ringkas dan padat ucapan ketua penganjur pada petang itu.
Zee seperti biasa. Seakan tidak mengendahkan apa yang didengarinya. Bagi Zee memasuki suatu persembahan dengan bukan kerelaan hatinya adalah sesuatu yang amat membosankan. Peristiwa tiga hari lalu kembali menjengah mindanya.
“ Zee, nama awak saya da tulis dalam persembahan akhir majlis penutupan nanti tau,” sapa Suraya disuatu petang.
“ ha?! Kenapa pulak? Saya tak nak la Sue,” jawabnya dengan nada acuh tidak acuh. Malas mahu mengambil pusing akan perangai Sue yang suka melakukan sesuatu tanpa bertanya kepada tuan empunya badan terlebih dahulu. Namun begitu Sue tetap merupakan kawan baiknya semenjak di tahun pertama pengajian lagi. Bagi Zee perangai Sue yang sememangnya tidak disukai itu tidak pernah menjejaskan persahabatan mereka. Alah bisa tegal biasa.
“ Alah daripada awak terus terperuk dekat dalam bilik tu tak buat apa-apa, baik awak join persembahan tu nanti,” Sue menjawab dan lantas terus keluar untuk ke gym meninggalkan Zee yang masih kurang jelas dengan tindakannya itu.
Ish Suraya ni, memang suka buat kerja tak bagi tahu orang. Lepas tu kita juga yang disusahkannya nanti. Monolog Zee di dalam hati kecilnya. Zee tahu yang disana nanti dia akan berjumpa dengan ramai lelaki. Dan itulah perkara yang tidak digemari. Namun begitu Zee pasti tindakan Suraya hanya bermotifkan itu. Untuk dia bergaul dengan lelaki dan berfikiran terbuka lantas mengubah perspektif hidupnya terhadap kaum adam itu.
Bertahun lamanya Zee hidup dengan pegangan lelaki tidak boleh dipercayai dan Suraya juga maklum akan sifatnya itu. Pengalaman lampau yang terjadi disekelilingnya seringkali menjadikan dirinya berhati-hati. Namun kerana sikap itulah Zee sememangnya semakin sukar dihampiri apalagi didekati. Dan sikapnya itu begitu merunsingkan teman- temannya. Masih Zee ingat perbualannya suatu petang bersama Gee teman sebiliknya sedikit sebanyak mengetuk tangkai hatinya. Bagi Gee tidak betul tindakan Zee membenci lelaki. Lelaki dikurniakan untuk melengkapkan hati wanita. Dan siapa bakal melengkapkan hati Zee jika lelaki dianggap seperti musuh dan terus-terusan menuduh mereka sebagai insane yang tidak bertanggungjawab?
Dasarnya tidaklah sebegitu hebat tafsirannya terhadap lelaki. Cuma sedikit kebencian yang menyelinap dalam jiwanya membuatkan dia terkurung untuk bercinta. Baginya cinta itu menyakitkan. Melihat rakan-rakan yang terseksa akibat cinta menjadikan dirinya takut walaupun hanya menyebut perkataan keramat itu.
………………………………………………………………………………………………
“ Zee, awak sebagai makcik tua yang sedang berjogging dengan pakcik tua di taman sambil berpegangan tangan. Dan waktu kejadian kemalangan berlaku, pakcik diserang penyakit jantung dan awak menjerit meminta tolong.” Sergahan daripada Cik Noi, koperal Pertahanan Awam pada petang itu mengejutkan Zee yang seakan baru tersedar daripada tidur yang panjang.
Aduhai. Nak kena pegang tangan pulak dengan pakcik tua tu. Masak lah aku. Nie yang aku tak suka kalau sertai mana-mana persembahan nie. Sesuka hati mereka jek nak buat macam mana. Pegang tangan la, rapatkan badan la. Entah apa-apa lagi lah nanti. Semak betul la. Perangai Zee yang sememangnya diketahui umum. Zee walaupun berperwatakan ganas namun tidak begitu bergaul dengan lelaki. Bagi Zee lelaki ibarat lebah yang nampak cantik pada dasarnya namun bisa membunuh.
“ Erm, siapa yang lakonkan watak pakcik tua nie nanti Cik Noi,” ucap Zee separuh menjerit.
“ Iskandar, sekejup lagi dia sampai.” Balas cik Noi pendek.
Sapelah pulak mamat nie, da lah lambat aku pulak nak kena tunggu dia. Marah Zee sendirian.
“ Minta maaf Zee saya lambat,” Sape Iskandar petang itu. Dan itulah merupakan perkataan pertama yang terkeluar daripada mulutnya. Persis seorang pekerja yanag datang lambat ke mesyuarat dan berasa begitu bersalah dan itulah riak wajah muka Iskandar pada petang itu. Mungkin juga dia takut dengan riak wajah Zee yang seakan-akan bengang menunggu.
“ tak pe. Latihan pun belum mula,” jawab Zee malas ambil tahu.
Dan petang itu menyaksikan pertemuan pertama mereka berdua. Sedikit sebanyak mengetuk pintu hati Zee untuk terus menyelami jiwa mudanya. Mengenali jejaka yang pertama kali bersua dengannya. Daripada seorang yang tidak dikenali dan akhirnya mereka menjadi begitu rapat. Dan tidak siapa tahu bahawa perkenalan itu akhirnya membawa kepada bibit-bibit cinta yang sukar dimengertikan. Bagaikan berada dalam alam mimpi, Iskandar datang dengan Bunga-bunga ditangan untuk diserahkan kepada permaisuri hatinya. Zee merasakan hidupnya kembali indah.
Dua hari telah pun berlalu. Sejak pertemuan si Uda dan Dara. Persembahan akhir penutupan majlis kokurikulum university telah berjalan dengan begitu baik. Siapa sangka hasil gandingan mereka berdua persembahan akhir penutupan kokurikulum bagi badan beruniform yang mereka sertai mendapat tepukan yang amat gemuruh. Persis seorang pelakon hebat yang diumumkan memenangi anugerah Bintang Paling Popular. Dan begitulah akhirnya persembahan mereka.
Cik Noi dan beberapa orang anggota lain tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada siapa yang datang membantu. Bermula daripada terpaksa akhirnya Zee berterima kasih kepada Sue yang bersusah payah meletakkan namanya sebagai pelakon pada malam itu. Namun begitu dalam kegembiraan yang mereka kecapi tetap terpalit rasa sedih di hati. Perpisahan mereka pada malam itu bermakna Zee tidak akan menemui Iskandar lagi. Walaupun berada dalam university yang sama namun jurusan yang berbeza membataskan mereka untuk kerap bertemu. Maklumlah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal terletak jauh dengan Fakulti Kejuruteraan Awam yang merupakan jurusan pilihan Zee sejak di bangku sekolah lagi.
Namun begitu, perasaan sedih itu akhirnya memberanikan dirinya untuk mencari punca agar mereka dapat bertemu lagi. Bila hati sudah terpaut segala benda dirasakan mungkin, dan itulah apa yang mereka rasakan.
“ Is, boleh mintak no telefon?bukan apa senang nanti untuk saya ambil gambar persembahan kita malam ini daripada awak. Boleh ye.” Tanya Zee sebelum mereka beredar pulang.
“ Boleh. Is pun nak no Zee ye.” Jawab Is dalam senyuman.
Dan disitulah segalanya bermula. Permulaan yang keruh akhirnya mengundang bahagia. Daripada sikap Zee yang tidak pernah memandang lelaki akhirnya dapat disingkirkan. Siapa sangka sikap lemah lembut Is bisa mencairkan hati wanitanya. Dan akhirnya Zee kalah dengan perasaannya sendiri. Persepsinya tehadap lelaki yang selama ini dipertahankan akhirnya dilemparkan ke tempat yang paling jauh. Bagaikan tidak mahu diingat lagi. Daripada pasangan pelakon yang begitu romantic Zee dan Iskandar menjadi pasangan kekasih yang begitu sepadan. Sarat dengan kasih sayang dan yang paling penting hormat menghormati. Mereka acapkali dijadikan bahan gurauan apabila bertemu dengan rakan-rakan yang turut sama berada di dalam Pertahanan Awam dahulu. Cinta pandang pertama kata mereka. Zee dan Iskandar senang dengan gurauan mereka.
Tapi bagi Zee pengalaman dahulu tetap mematangkan dirinya. Manjadikan dia lebih berhati-hati dengan setiap apa yang dilakukan. Takut menyalahi hukum. Perasaan orang tua harus dijaga. Tidak mahu tergelincir dan terjerumus ke dalam lembah yang bisa membawa kehancuran. Lagak anak muda disekelilingnya tidak pernah sekali di cuba. Pegangan agama yang diberikan oleh orang tuanya tetap menjadi panduan hidup. Zee turut bersyukur kerana Iskandar juga bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan. Seorang yang tidak pernah lalai dengan perintah agama dan itulah yang menjadikan Zee terpikat dengannya.
“ Zee, bahagia ye sekarang,” sapa Gee suatu petang. Ketika itu mereka sedang duduk menghadap tasik university yang sememangnya menjadi kunjungan wajib mereka pada waktu petang. Walaupun tidak berjongging seperti kebiasaan yang dilakukan oleh rakan-rakan seuniversiti namun mereka senang menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Zee sekadar tersenyum mendengar pertanyaan Gee. Dalam hati kecilnya turut mendoakan Gee turut akan berjumpa dengan orang yang dicarinya selama ini. Seseorang yang bisa dipanggil kekasih hati. Sesunguhnya kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.
Hari-hari hidup Zee semakin bersinar. Menjadikannya seorang yang agak lengkap. Jika dulu hati kecilnya sering bertanya apakah itu cinta dan kini dia benar-benar menikmati cinta. Cinta anugerah illahi. Bersaksikan unggas-unggas yang berterbangan beserta air yang tenang di kali Zee berjanji. Cinta itu hanya miliknya. Ya cinta yang abadi.

No comments:

Post a Comment