++sEnjA Di uFuK tiMuR++

Senja di ufuk timur….
“ mak!!!!,” Laung azman dari dalam biliknya….
            ” ya nak..” jawab mak limah lembut di pendengaran... ” mana baju sekolah man nie?,” isk orang tua nie mane ntah baju aku dier letak..monolog azman dalam dirinya..
” ada kat dalam almari tu nak, mak da gosokkan tadi pagi, ” jawab mak limah tenang..
Begitulah rutin azman setiap pagi. Pasti akan terdengar jeritan daripada biliknya setiap kali ingin ke sekolah. Lagaknya seperti kanak-kanak yang baru mahu bertatih untuk ke tadika segala keperluan azman harus disediakan oleh mak limah. Jika tidak pasti ada saja maki hamun yang akan diterima oleh ibu tua itu.
            Azman merupakan anak tunggal kepada pasangan pak ayob dan mak limah. Setelah pak ayob meninggal dulia lima tahun lalu akbat lemas dilautan ketika sedang mengail, mak limah lah yang berkerja keras untuk membesarkan anak tunggalnya itu. Namun malang sungguh nasib mak limah apabila azman tidak sedikit pun menghormati dirinya. Malah azman juga sudah pandai menengking-nengking mak limah apabila kehendaknya tidak dituruti. Mak limah berkerja sebagai penjual nasi lemak dan kuih muih di kedai yang disewa dari pak kassim di hujung kampung. Disebabkan sifat lemah lembut mak limah jualannya acapkali tidak mencukupi dan mendapat permintaan ramai. Jika ada masa yang lebih mak limah akan pergi mengambil upah untuk membasuh baju di rumah orang kampung yang memerlukan khidmat bantuannya dengan upah dua puluh ringgit setiap kali satu cucian.
            Suatu hari selepas pulang dari sekolah azman mencampakkan beg galasnya ke ruang tamu. Tanpa menghiraukan mak limah yang duduk di ambir rumah yang sedia menunggu kepulangannya azman berlalu tanpa sebarang kata. Sedih hati mak limah melihat sikap azman yang seolah-olah berdendam dengan dirinya walhal tidak diketahui dimanakah silapnya. Dan petang itu menyaksikan kembali titisan air mata ibu yang banyak berkorban untuk anaknya. Setelah setengah jam berada di dalam rumah azman menjerit memanggil ibunya.
” mak, man nak duit mak..” jeritnya..” manalah mak ada duit man, upah basuh kain tadi pun mak dah bayarkan sewa api dan air rumah kita nie. Yang tinggal Cuma duit belanja kuih untuk hari esok je.” jawab mak limah sambil mengesat airmatanya.
” ah, man tak kira. Kalau mak xmau bagi duit tu biar man yang cari sendiri, ” jawabnya sambil meyelongkar almari pakaian mak limah. Mak limah hanya mampu memandang dengan hati yang hiba apabila teguran yang diberikan di balas dengan herdikan yang melampau. Setelah mendapat duit seperti yang diinginkan azman keluar dari rumah tanpe sedikit pun menghiraukan ibunya yang sedang menangis menahan sendu. Bagi azman hanya duit yang mampu memuaskan hati dan nalurinya.
            Duit itu ingin azman gunakan untuk membeli rokok di kedai pak samad. Akibat daripada berkawan dengan anwar hidup azman mula semakin meliar sehingga berani mengambil dan melakukan perbuatan yang tidak baik demi untuk mendapatkan duit. Azman mula belajar mencuri. Sedih hati mak limah apabila perkhabaran itu disampaikan oleh tok ketua kepadanya. Pelbagai tomahan dan hinaan diberikan oleh orang kampung yang menuduhnya tidak pandai menjaga anak. Bagaikan halilintar memanah bumi akhirnya mak limah akur dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah kepadanya.
            Keesokkan harinya seperti kebiasaannya mak limah  tetap meneruskan rutin hariannya iaitu dengan membuat kuih dan menyediakan nasi lemak untuk dijual. Tiba-tiba dadanya seperti dicucuk-cucuk oleh belati yang tajam. Akibat kesakitan yang melanda mak limah akhirnya rebah tidak sedarkan diri. Kebetulan pula pada ketika itu mak leha teman baik mak limah datang untuk menjenguknya. Alangkah terkejut mak leha apabila mendapati mak limah terbaring kaku di dapur rumahnya dengan lelehan darah dari hidung dan mulutnya. Dengan suara terketar-ketar mak limah sempat menghabiskan hayatnya dengan kalimat suci Allah. Pemergian mak limah bersama sejuta kesedihan yang tidak mungkin dapat disembunyikan. Jelas diraut suci mak limah akan keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya demi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah.
            Sementelah dengan itu, ketika di sekolah azman dipanggil oleh guru disiplin yang bertugas. Seakan sudah dapat menghidu peristiwa yang terjadi azman bangun dengan patuh walaupun tidak pernah melakukannya sebelum ini. Azman memang terkenal dengan kenakalannya sama ada dengan rakan sebaya mahupun dengan guru-guru yang mengajarnya. Baginya rotan sudah di jadikan sebagai teman rapat yang mana nmungkin dapat di pisahkan lagi. Namun berlainan benar sikapnya pada kali ini. Azman akur apabila diminta keluar ke bilik disiplin. Ketika berada di bilik disiplin kesedihannya sudah tidak dapat dibendung lagi sebaik sahaja perkhabaran mengenai kematian ibunya menyapa pendegaran. Azman meraung seakan orang yang yang hilang segalanya. Walhal sebelum ini hidup mati ibunya seakan tidak dihiraukan.
            Sejurus ditenangkan oleh gurunya azman terus berlari keluar tanpa mempedulikan rakan sekeliling yang memandangnya. Hatinya Cuma ingin berjumpa dengan ibunya. Niatnya hanya ingin mengucup pipi dan tangan ibunya yang tidak pernah dilakukan sebelum ini walaupun tangan itu acapkali dihulurkan namun tidak pernah disambut olehnya. Airmatanya masih merembes keluar tatkala kaki itu menaiki anak tangga rumahnya yang penuh dengan tangisan. Sedih hatinya melihat sekujur tubuh yang acapkali menderita kernanya. Sendu dirinya melihat sekujur tubuh yang terbaring lesu tanpa suara apabila terlihat akan dirinya. Hiba dirinya apabila terlihatkan sekujur tubuh yang kaku menunggu hari penghitungan. Suci sungguh wajah ibuku walaupun derita yang ditanggung olenya bagaikan tidak bertepian. Azman meraung sambil mencium kedua belah kaki ibunya yang sudah semakin membiru. Dia terus menjerit dan melolong memohon ibunya memaafkan dirinya yang begitu banyak dosa yang seakan tidak bisa terampun. Namun tiada kata yang bisa disambut. Semuanya sudah terlambat. Menangis airmata darah sekalipun belum tentu dapat merubah hidupnya serta menghidupkan kembali ibunya yang telah diambil pergi.
            Sebulan sudah berlalu. Namun azman seakan tidak dapat memafkan dirinya. Dia mengunci diri di dalam rumahnya dan tidak menghadirkan diri kesekolah walapun peperiksaan SPM bakal menjelang. Itu semua tidak di hiraukan. Azman tetap menjadi pengunjung setia ibunya dan meratap di tepi pusara milik ibunya itu. Bagaikan mengharapkan keajaiban berlaku begitulah juga azman yang sentiasa mengharapkan ibunya bangkit kembali daripada pembaringan. Namun harapan hanya tinggal harapan.
            Di suatu petang, azman didatangi beberapa orang rakan yang pernah menjadi temannya ketika dahulu. Namun setelah dia memilih kawan yang salah azman seakan ditinggalkan rakan-rakannya. Azmer, azwa dan lisa datang mengunjungi azman dan mengharapkan azman kembali kesekolah demi untuk meneruskan hidupnya. Memandangkan peperiksaan yang sudah semakin hampir seisi sekolah risau akan dirinya. Dan petang itu bermulalah suatu episode baru dalam diri azman. Pelbagai kata perangsang dan semangat diberikan oleh rakan-rakanya untuk azman kembali meneruskan hidup. Namun tiada satu pun yang melekat dan berbekas di hatinya. Sehinggalah, lisa mengucapkan kata-kata amarah yang bisa menyedarkan dirinya. ” sudahlah rakan-rakan, xde gune kita bercakap dengan orang seperti ini. Baik kita balik sahaja, biarkan dia hidup dengan bayang-bayangnya. Jangan kita hiraukan orang yang tidak pernah menghargai erti kasih sayang orang lain, ” luah lisa dengan penuh kegeraman. Niatnya hanya satu ingin menyedarkan kembali azman yang berada dalam dunia fantasinya
Dan akhirnya mereka pulang dengan penuh kehampaan. Mengharapkan agar azman kembali pulang kesekolah seperti dahulu namun seperti menemui jalan buntu. Azman tetap berdegil dengan prinsipnya. Namun setelah seminggu peristiwa itu berlalu, azman mula sedar dan kembali kesekolah dengan perubahan yang dinantikan selama ini. Azman sememangnya budak bijak yang telah tersalah arah. Namun sayang ibunya tidak dapat melihat perubahan azman itu. Walaupun begitu azman tetap mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik pada peperiksaan yang menjadi penentu hidupnya itu.
            Setelah penat berhempas pulas melalui saat-saat getir dalam menghadapi peperiksaan akhirnya waktu yang dinanti-nantikan akhirnya muncul juga. Azman diumumkan sebagai pelajar cemerlang untuk tahun itu. Akhirnya senyuman bahgia dapat dilihat disetiap wajaha orang yang tidak pernah jemu menasihati dirinya. Sambil menggenggam keputusan peperiksaan yang baru diambilnya itu azman berlari menuju kepusara ibu dan ayahnya. Di situ air matanya menitis lagi entah untuk kali ke berapa. Di situlah diceritakan segalanya walaupun dia sedar ibu dan ayahnya mana bisa bangkit kembali meraikan hari bahagiannya namun dia tetap berpuas hati walaupun penyesalan tetap bermukim di hati kecilnya................                                         

No comments:

Post a Comment